3 basic pakai pakaian bro.
- the kemejer

- Jan 4, 2019
- 2 min read
Cara pemakaian lelaki bukanlah susah sangat bro. Perkara yang paling penting untuk lelaki adalah kesusuaian dan kepantasan. Cara ini adalah penting untuk dijadikan pedoman supaya anda dapat menjaga penampilan anda setiap masa walau dalam pelbagai situasi.
Di bawah adalah cara paling basic yang wajib diketahui oleh setiap lelaki bila mengenakan pakaian. Tak kisahlah untuk ke pejabat, nak hang-out bersama kawan mahupun nak pergi dating.
1. PAKAIAN WAJIB FIT KAT TUBUH

pic credit: google
Baju atau seluar yang dibeli daripada kedai biasanya tidak 100% ngam dengan badan anda. Ini kerana pakaian yang dihasilkan adalah secara pukal dan menggunakan ukuran yang standard.
Biasanya baju dan seluar akan kelihatan besar dibeberapa bahagian tubuh. Sehinggakan anda perlu menghantarnya untuk sedikit "alteration". Setelah "alteration" dibuat, barulah pakaian yang dibeli itu akan kelihatan sempurna 100% pada tubuh badan anda.
FIT BUKAN BERMAKSUD KETAT DAN SENDAT. LEBIH PADA NGAM-NGAM!
2. KUALITI YANG BAGUS TIDAK SEMESTINYA MAHAL

pic credit: google
Mengenakan pakaian yang berkualiti adalah perkara yang terbaik untuk menjaga penampilan anda. Namun perlu diingat, berkualiti bukan bermaksud mahal. Ya, memang produk yang mahal berkualiti tinggi, tetapi ada juga pakaian yang berkualiti yang pada harga yang berpatutan. Terutamanya produk tempatan.
3. LELAKI PERLU PANDAI MEMADANKAN PAKAIAN

pic credit: google
Bagi sesetengah lelaki, memilih pakaian adalah perkara yang merumitkan. (Itu sebab semua isteri yang belikan). Ini bukan bererti lelaki tidak pandai memilih, tetapi lelaki tidak mahu bersusah payah pening kepala memilih pakaian. Akibat daripada itu, kita boleh lihat banyak lelaki yang penampilan pakaiannya ke laut.
Perkara basic buat lelaki, JANGAN MENJADIKAN SELURUH PAKAIAN ANDA SEBAGAI FOKUS UTAMA. Mudah sahaja. Kalau anda memakai baju yang berwarna terang & cerah, pilih seluar yang berwarna gelap. Begitu juga sebaliknya. Kalau anda mengenakan pakaian bercorak, seluarnya tidak perlulah bercorak juga.
KEEP IT SIMPLE!
Untuk selamat, pilih seluar yang berwarna neutral. Seperti hitam, kelabu, biru tua atau coklat.



Comments