top of page
Search

5 CARA NAK SEXY DENGAN PAKAIAN

  • Writer: the kemejer
    the kemejer
  • Jan 2, 2019
  • 1 min read

Kononnya, lelaki akan kelihatan sexy dengan hanya pakaian yang dikenakannya. Anda tidak perlu mengenakan pakaian yang mahal untuk nampak menarik, tetapi pakaian yang anda kenakan mestilah melambangkan peribadi anda. Pertimbangkan beberapa tips dibawah semasa ingin menambah koleksi pakaian dalam almari anda.




1. SELALU BERPAKAIAN KEMAS


Tentu sahaja. Setiap pagi! Sekalipun anda hanya mengenakan pakaian kasual untuk ke pejabat, jangan ambil mudah memilih pakaian anda. Pilih pakaian yang sesuai dengan kegiatan anda.




2. KENAKAN PAKAIAN DENGAN SAIZ YANG BERSESUAIAN


Anda boleh sahaja mengenakan pakaian yang paling mahal di dalam dunia dan ianya akan tetap nampak pelik sekiranya ianya nampak longgar atau terlalu ketat apabila anda sedang memakainya.




3. KETAHUI CARA UNTUK MENONJOLKAN BENTUK TUBUH ANDA


Mudah sahaja. Pakai pakaian yang berwarna terang untuk tujuan menonjolkan mana-mana bahagian yang anda ingin tonjolkan. Pakai warna yang gelap untuk menutup yang sebaliknya. Sebagai contoh, anda rasakan perut anda sedikit buncit, pakai pakaian yang berwarna gelap untuk menutup perut yang buncit itu tadi.





4. KENALI WARNA-WARNA YANG SESUAI DENGAN ANDA.


Pastikan anda mengenakan warna yang tepat dengan warna kulit anda. Padanan warna yang betul akan membuatkan nampak tampak lebih 100 kali lebih menarik. Tetapi sekiranya anda tersalah memilih warna, anda akan kelihatan pucat.


5. CUCI PAKAIAN ANDA SECARA KERAP


Ada beberapa jenis pakaian yang tidak perlu dicuci setiap kali selepas dipakai. Sebagai contoh jaket dan jeans. Tetapi baju tshirt dan Kemejer seharusnya dicuci setiap kali selepas dipakai. Amalan mudah ini boleh membuatkan anda lebih kemas, selesa dan bergaya dengan pakaian yang bersih.



 
 
 

Comments


  • White Facebook Icon
  • White Twitter Icon
  • White Instagram Icon

© 2023 by Annie Branson. Proudly created with Wix.com

bottom of page