3 benda yang wajib orang berisi elakkan bila pakai baju
- the kemejer

- Jan 7, 2019
- 1 min read
Tak semua lelaki mempunyai bentuk badan yang ideal. Ada yang kurus, ada yang gemuk dan ada juga yang biasa-biasa. Jika anda tergolong dalam golongan lelaki yang mempunyai bentuk tubuh yang jauh daripada ideal, jangan risau. Gaya pakaian boleh membantu mengurangkan impresi badan tidak ideal anda itu.
Pakaian pada tubuh berfungsi memberikan ilusi pada bentuk badan anda. Jadi sebaiknya tingkatkan sedikit fashion sense anda untuk tampak kacak walaupun kemana anda pergi. Berikut adalah 3 benda yang wajib orang berisi (gemuk) elakkan bila pakai baju.

credit: google
1. JANGAN PAKAI BAJU YANG SIZE TERLALU BESAR
Jika kebanyakkan orang kurus memikirkan apabila memakai baju besar akan menampakkan badan makin berisi adalah salah, hal yang sama juga untuk mereka yang gemuk. Mungkin anda fikirkan, dengan memakai baju yang besar akan menutup lemak-lemak dan bentuk asal tubuh anda. Sayangnya, ini hanya akan menyebabkan badan anda kelihatan makin besar dan aneh bro.
2. TOLONG JANGAN PAKAI BAJU BERCORAK BESAR
Bukan hanya pada saiz baju sahaja yang anda perlu fikirkan. Tetapi pada corak-corak baju. Tidak kisahlah graphic tee design atau corak-corak lain. Saiz corak atau design pada baju yang terlalu besar/penuh pada pakaian akan memberikan impresi "besar" pada si pemakaiannya.
Terlalu banyak corak boleh buat pening kepala bro!
3. GAYA PAKAIAN YANG KOMPLEKS AKAN BUAT ANDA MAKIN KOMPLEKS
Sebagai contoh, anda ingin memakai baju 2-3 lapi untuk nampak macho dan cool. Atau anda mengenakan 3-4 warna padanan pada pakaian anda. Ini bukan hanya akan menimbulkan kesan volume yang lebih besar dan membuatkan orang lebih fokus pada kepala dan bahagian tubuh anda yang lain (yang mana lebih besar). Akibatnya anda akan kelihatan lebih gemuk daripada biasa.
Akhir kata.
KEEP IT SIMPLE BRO!



Comments