top of page
Search

3 KESILAPAN BILA BERPAKAIAN UNTUK KE PEJABAT

  • Writer: the kemejer
    the kemejer
  • Dec 4, 2018
  • 1 min read

Kesilapan yang biasa dilakukan oleh lelaki apabila mengenakan pakaian untuk ke ke pejabat.


Dalam artikel ini, kami telah menyenaraikan 3 kesilapan asas fesyen yang boleh dielakkan untuk tampil segak dan berperasaan seperti seorang superstar.


1. MEMAKAI BAJU KEMEJER YANG TERLALU LABUH & BESAR


Kesilapan yang paling biasa apabila memilih pakaian adalah baju yang terlebih besar. Baju yang lebih besar akan menampakkan anda lebih gemuk dan berisi. Lebih mudah, anda akan kelihatan tidak bergaya.


Tips: Pastikan ruang di antara kolar baju tidak melebihi 2 jari. Jahitan pada bahu pula mestilah berada betul-betul di atas hujung bahu anda dan tiada lebihan kain melepasi bawah peha anda.


2. SELUAR TERLALU LABUH


Seluar yang labuh atau baggy hanya akan mendatangkan kesan yang berikut pada penampilan anda. Pertama anda akan kelihatan lebih rendah dan yang kedua anda akan nampak sebagai seorang yang selekeh. TIADA SIAPA YANG NAK NAMPAK PENDEK BUKAN?


Tips: Saya cadangkan labuh seluar anda sepatutnya berada betul di atas sedikit daripada kasut anda. Atau separa dengan buku lali anda sekiranya anda hendak “show off” koleksi stokin anda. Stokin juga merupakan salah satu aksesori pakaian orang lelaki. Tengok sahaja KJ.


3. STOKIN SUKAN/ SEKOLAH PUTIH

Saya yakin setiap daripada kita pernah mengalami masalah mengenai stokin. Kebanyakkan daripada kita mempunyai stok stokin putih yang berlebihan. Kononnya stokin putih ini dikira selamat untuk dipakai dengan kasut apa pun.


Untuk pengetahuan semua, stokin putih hanya sesuai untuk beberapa perkara sahaja. Sekiranya anda bukan seorang pelajar sekolah atau ingin pergi bersenam, stokin putih adalah diharamkan.


Tips: Pilih warna klasik seperti hitam ataupun biru tua untuk selamat. Sekiranya anda seorang yang adventerous, pilihlah stokin-stokin yang bercorak yang boleh melambangkan personaliti anda.

 
 
 

Comments


  • White Facebook Icon
  • White Twitter Icon
  • White Instagram Icon

© 2023 by Annie Branson. Proudly created with Wix.com

bottom of page