KENAPA TIDAK TAMBAHKAN SEDIKIT WARNA PADA PAKAIAN ANDA. LIHAT PERUBAHAN SEAWAL 1 HARI.
- the kemejer

- Nov 12, 2018
- 2 min read
Updated: Nov 22, 2018

Bosan asyik pakai baju hitam atau berwarna gelap sahaja sepanjang hari dan sepanjang masa? Seperti seorang yang langsung tiada personaliti diri. Mungkin anda seorang yang ingin mencuba, tetapi takut warna baju pilihan anda akan menampakkan anda seperti seorang mangsa fesyen atau seorang yang “trying to hard”. Betul?
Atau.
Anda seorang yang berkulit aga gelap atau sawa matang. Anda rasakan warna-warna selain hitam dah putih tidak langsung sesuai dengan anda?
Atau.
Anda seorang yang langsung tidak kisah apa pandangan orang lain terhadap anda yang sentiasa memperlekehkan penampilan diri sendiri sehingga dilabel “Serabut”.
Owh saya ada seorang kawan yang asyik berpakaian ala gothic walaupun berusia 30an. Saya rasa anda sendiri pun boleh menjangkakan sejauh mana prestasi kawan saya ini di dalam kehidupan sebenar. (Tiada niat nak menghina)
AMBIL PEDULI PASAL PENAMPILAN DIRI SENDIRI DAN ORANG LAIN AKAN AMBIL PEDULI PASAL DIRI KITA.
Berhenti memakai pakaian yang bosan. Anda akan dapat melihat perubahan pada kehidupan anda serta merta. Tak tahu macam mana nak “spice up” koleksi pakaian anda? Mulakan dengan memakai pakaian atau aksesesori yang berwarna. Jadi anda tidak tahu nak padankan warna pakaian anda kan?
Saya tak salahkan anda, ianya memang agak memeningkan. Tetapi anda tidak sepatutnya memakai pakaian yang berwarna selagi anda belum belajar cara mudah untuk memadankan warna pakaian dengan betul dan selamat.
Jika tidak akan kelihatan seperti lampu isyarat ataupun seperti seorang badut. Jangan risau, semua kerisauan anda untuk memadan warna pakaian akan berakhir hari ini.
Kerana anda boleh memakai pakaian berwarna walaupun anda tidak tahu untuk memadankannya. Dan anda boleh lakukannya tanpa terlihat seperti seorang badut yang berwarna-warni. Anda hanya perlu tahu bagaimana hendak memadankan pakaian sambil mengelakkan padanan warna yang salah. Itu sahaja.
Jadi mari kita cuba sesuatu yang lain pula
Sebagai contoh pakaian berwarna neutral (Ianya boleh nampak sangat menarik). Daripada menyusahkan diri memikirkan kombinasi warna yang memeningkan, anda perlu menggunakan rahsia yang kerap saya gunakan untuk memadankan pakaian saya.
Saya memilih konsep neutral.
Warna neutral sebenarnya boleh dipadankan dengan hampir kesemua warna. Ianya amat susah untuk melakukan kesilapan dengan warna neutral. Warna neutral jugak sesuai untuk aksesesori.
Apakah warna neutral?
1. Hitam
2. Putih
3. Kelabu
4. Biru Gelap (Navy)
5. Coklat (Camel, Khaki, Beige)
Langkah satu warna
Oleh sebab warna neutral tidak akan bertembung dengan warna lain, anda boleh memilih warna apa-apa Sahaja yang anda ingin pakai.
Daripada menyusahkan diri untuk color blocking, anda hanya perlu pakai maksimum satu warna sahaja dan selebihnya kekalkan pada warna yang neutral. Faham?
Sedikit warna sahaja akan meningkatkan kualiti gaya pakaian anda dan anda akan selamat daripada mangsa fesyen. Satu warna selain warna neutral itu tadi pasti akan menyebabkan anda lebih “stand out”.
Berikut adalah beberapa “Langkah satu warna” untuk pemilihan pakaian anda.
1. Baju kemeja putih, Khaki pants, Tali leher merah dan blazer navy
2. Baju hijau dan jeans navy
3. Kemeja putih dan seluar slack kelabu.
Lebih mudah, pastikan seluar anda datang daripada warna Neutral yang saya sudah listkan diatas sebentar tadi.
Baju anda pula boleh disesuaikan dengan warna-warna yang berbeza. Pilih 1 warna sahaja.
Faham?
Jadi selepas ini tak perlu lagi takut pakai baju yang berwarna.



Comments